LARI KE HUTAN AKIBAT MASALAH RUMAH TANGGA
LARI KE HUTAN AKIBAT MASALAH RUMAH TANGGA
RAUB: Seorang wanita Cina yang hilang ketika memasuk ke dalam Hutan Simpan Rotan Tunggal, Raub telah ditemui semula dalam keadaan keletihan pada jam 4.30 petang semalam.
Wanita tersebut, Sew Kam Thai 43, yang tinggal di kampung Rotan Tunggal telah keluar rumah sambil berlari menuju ke kawasan hutan tersebut berhampiran rumahnya pada jam 10.00 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata Sew Kam Thai isteri kepada Chin Chee Keen, 52 , telah keluar dari rumah sambil berlari menuju ke kawasan hutan Rotan Tunggal berhampiran rumahnya pada jam kira 10 pagi semalam.
“Suaminya telah cuba mengejar dan menghalang perbuatannya itu tetapi gagal menghalang isterinya. Suaminya telah meminta bantuan dari rakannya untuk mencari mangsa tetapi tidak berjaya.
“Puncanya disebabkan isteri Chin Chee Keen, mengalami masalah kemurungan sejak beberapa bulan yang lepas. Chin Chee Keen, kemudiannya datang ke balai polis buat membuat laporan,” katanya.
Kama Azural berkata, seramai , empat anggota Balai Polis Raub, empat anggota Renjer Hutan Raub dan empat anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (PBPM) Raub dan tujuh orang awam pergi ke lokasi wanita itu hilang untuk melakukan operasi pencarian pada jam 1.30 tengahari.
“Isteri Chin Chee Keen dapat dihubungi dan ditemui semula di Jalan Tras dalam keadaan kepenatan, mangsa dibawa balik ke Balai Polis Raub pada jam 4. 30 petang,” katanya.
Beliau berkata, hasil temubual, dapati kejadian mangsa lari keluar rumah berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suaminya.-SAHIH.