LAMPARD GEMBIRA PASUKANNYA SERI
Berita Sukan
LAMPARD GEMBIRA PASUKANNYA SERI
LONDON: Frank Lampard mengakui dia gembira memungut satu mata dan tanpa bolos selepas Chelsea seri tanpa jaringan dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara berdepan Sevilla selepas banyak kritikan terhadap pertahanannya.
Edouard Mendy kembali daripada kecederaan untuk menggantikan Kepa Arrizabalaga di gawang namun pemain antarabangsa Senegal jarang berdepan masalah pada perlawanan itu berbanding awal saingan Liga Perdana.
Ketika itu Chelsea seri 3-3 sebanyak dua kali dalam lima perlawanan pembukaan mereka termasuk di laman sendiri berdepan Southampton ketika mereka mepersia-siakan dua kali kelebihan dimiliki.
Skuad The Blues hanya menang dua daripada enam saingan kempen kali ini tapi tampak lebih kukuh dengan kehadiran Thiago Silva di bahagian pertahanan dengan dia memasukkan lima pemain baharu dalam kesebelasan utama itu.