Laluan utama di Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Pantai Timur di Pahang masih ditutup dan kerja pembersihan
Laluan utama di Lebuh Raya Kuala Lumpur ke Pantai Timur di Pahang masih ditutup dan kerja pembersihan
TEMERLOH – Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) masih ditutup terutama di kawasan Bentong, Karak dan Temerloh berikutan banjir belum surut pada pukul 7.30 pagi hari ini.
Syarikat ANIH Berhad memaklumkan, antara laluan tempat lain di KLK masih ditutup kepada semua kenderaan, iaitu di KM 74.4 (hala ke Kuala Lumpur), KM71 (kedua-dua hala masih ditenggelami air), laluan menghala ke Kuala Lumpur di KM69.5, KM67.8, KM66.4 hingga KM66.1 ditutup akibat akibat gangguan serpihan kayu dan batu (debris) yang kini dalam kerja pembersihan
Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, laluan hala ke Timur yang masih ditutup, iaitu Kilometer (KM) 62.5, KM75 (laluan ke Karak dan Bentong Timur) di samping kerja pembersihan lumpur dan serpihan kayu dan batu (debris) di laluan berkenaan sedang dijalankan.
“Bagi laluan Karak ke Temerloh masih ditutup kedua-dua hala di KM76 – KM126), manakala Lanchang ke Temerloh di KM114.8, KM113 dan KM84.6 masih dalam situasi air menaik di kedua-dua buah lorong.
“Laluan menghala ke Kuala Lumpur di KM 74.9 banjir mulai surut tetapi terdapat lubang besar (sinkhole) di lorong kiri dan laluan kontra akan dibuka, manakala laluan di KM124 berdekatan Temerloh masih dalam keadaan waspada berikutan kenaikan air 10 meter dari jalan,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Radzimah berkata, air mulai surut di laluan di KM198 dari Sri Jaya ke Gambang dan sudah dibuka untuk dilalui kenderaan di kedua-dua arah.
Katanya, kerja membaikpulih laluan, pembersihan lumpur dan serpihan di laluan yang sudah surut sedang dilakukan bagi membolehkan pengguna dapat ke destinasi masing-masing selepas air surut dengan selamat.
Katanya, pengguna boleh mengikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.-SAHIH.