Laluan LPT 1 masih ditutup, tangguh atau guna jalan alternatif
Laluan LPT 1 masih ditutup, tangguh atau guna jalan alternatif
TEMERLOH : Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), dalam kenyataan hari ini masih menutup beberapa laluan di tiga buah daerah negeri mulai jam 8 pagi hari ini.
Pengurus Besar Kanan Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata, laluan yang ditutup iaitu di KM66.7 hingga KM79.5 antara Bentong ke Karak di kedua hala berikutan air masih belum surut sepenuhnya.
“Pengguna juga tidak boleh melalui laluan LPT 1, iaitu di KM 79.5 hingga KM 136.9 antara Karak ke Chenor ditutup kedua-dua hala berikutan kejadian yang sama.
“Kita juga ingin memaklumkan kawasan hentian hentian sebelah Lanchang berdekatan laluan menghala ke Barat bekalan elektrik terputus akibat kerosakan generator,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selanjutnya, Radzimah menasihati pengguna lebuh raya menangguhkan dahulu perjalanan dan terus mematuhi arahan petugas di lapangan.
Katanya, maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana JKR menerusi talian 03 26107727 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my
Katanya, pengguna juga boleh mengikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.
Pihak pengurusan ANIH Berhad memasang kon untuk panduan pengguna beberapa laluan masih ditutup di persimpangan tol Chenor, Maran hari ini.
Kawalan laluan LPT 1 antara Karak ke Chenor masih ditenggelami air dan ditutup kepada semua kenderaan hari ini.- SAHIH