LAGI KES PGA DITEMBAK
ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos M-15 sempadan Malaysia-Thailand, di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan di Pos M16 sebelum terkena tembakan secara tiba-tiba.
Menurut laporan ASTRO Awani, sumber memaklumkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.
Difahamkan, anggota terbabit kini mendapat rawatan dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.