KUTIP KOMPAUN RM182,557
JUMLAH HASIL TAWARAN DISKAUN BAYARAN KESALAHAN LETAK KENDERAAN
KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengutip bayaran berjumlah RM182,557 melalui tawaran diskaun kompaun kesalahan meletak kenderaan yang berakhir Ahad lalu.
KESALAHAN meletak kenderaan antara paling banyak dikenakan kompaun/Gambar Hiasan
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, tawaran diskaun itu membabitkan pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun RM30 dan RM300.
“MPK meminta pemilik kenderaan supaya meletakkan kupon parkir bagi mengelak dikenakan kompaun dan menyukarkan mereka untuk membayar denda (kompaun) ditetapkan.
“Kita menyediakan kemudahan kepada pemilik kenderaan untuk membeli kupon parkir di ibu pejabat MPK, pondok jualan kupon dan ejen,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.