KURANG 48 JAM UNTUK BERKEMPEN – PRN MELAKA
Kurang 48 jam untuk berkempen – PRN MELAKA
MELAKA – Hanya tinggal 48 jam menjelang hari pembuangan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.
Apabila dua nama besar politik di negeri itu bertembung di N-02 Tanjung Bidara yang merupakan kerusi panas.
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin bakal berdepan dengan lawan dari Barisan Nasional (BN) Pengerusi Badan Perhubungan UNMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
datuk wira mas ermieyati samsudin /calon n02
Lebih kurang 48 jam keadaan dah tak lama lagi dan kita sedang cuba buat sedaya upaya kita bagi ikut kemampuan yang ada dalam waktu yang terhad ini. Terima kasih pada semua pimpinan yang telah membantu kerana kehadiran mereka. Orang kata ini kerusi panas kubu kuat BN memberikan saya semua jentera kekuatan bukan mudah sebenarnya, ia amat mencabar tetapi bantuan mereka umpamanya pil kuda bagi kekuatan pada kita dan sedang merancang.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan gabungan parti yang ingin membentuk kerajaan, perlu menang sekurang-kurangnya 15 kerusi yang dipertandingan.
Jumlah pengundi berdaftar Melaka adalah seramai 495, 196 setakat 3 oktober lalu.
-SAHIH