KUMPULAN RENTAN DAPAT PERHATIAN PM
KUMPULAN RENTAN DAPAT PERHATIAN PM
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menziarahi tiga keluarga dalam kalangan kumpulan rentan di Kampung Sembulan dan di Rumah Pangsa Tanjung Aru, Sabah, semalam.
Beliau turut bertemu dengan warga emas, Dayang Amit Budin, 85, yang tinggal bersama anaknya Azman Mat Nin, 50 serta turut mempunyai seorang cucu Orang Kelainan Upaya (OKU), Nur Elfi Hanum Ismail, 26, yang tinggal di sebelah rumahnya.
Selain itu, beliau bertemu Jesim Sabda yang tinggal di rumah pangsa Tanjung Aru dan turut menanggung keluarga seramai empat orang dengan dua daripadanya OKU iaitu anak perempuannya, Nur Zawani, 24, dan kakak iparnya Fauziah@ Wong On Li, 50.
“Saya sempat bertanya khabar dan mendengar sendiri permasalahan mereka, Alhamdulillah, dimaklumkan mereka mendapat beberapa insentif bantuan daripada kerajaan,” katanya.
Perkembangan berkaitan, Mahyuddin turut melawat Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, bagi meninjau proses pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan.
“Saya berpuas hati dengan proses pelaksanaan pemberian vaksin di Sabah yang mana sebanyak 96.8 peratus daripada 42,117 penerima dalam fasa pertama telah menjalani vaksinasi,” katanya.
Mahyuddin turut melancarkan Projek Lok Kawi Resort City dan menyaksikan upacara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Inisiatif Pelaburan Asing dan Domestik, bernilai RM 7 billion, ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap keupayaan kerajaan negeri.