Kuih pelangi rangup ‘cair di mulut’ jadi pilihan Hari raya
Kuih pelangi rangup ‘cair di mulut’ jadi pilihan Hari raya
TEMERLOH: Kuih pelangi yang mempunyai tekstur rangup dan ‘cair di dalam mulut’ mendapat sambutan menggalakkan terutama menjelang musim perayaan yang akan tiba.
Pengusahanya, Siti Nabilah Suhaimi, berkata kuih tradisional berwarna-warni itu semakin mendapat permintaan daripada pelanggan yang mahu menjadikannya sebagai hidangan kepada tetamu.
Menurutnya, keistimewaan kuih pelangi berkenaan terletak pada teksturnya yang rangup ketika digigit namun cepat cair di dalam mulut.

Katanya, setiap bekas kuih pelangi dijual pada harga RM25 dengan anggaran antara 45 hingga 50 keping dalam satu bekas.
“Sambutan pelanggan sangat menggalakkan terutama apabila musim perayaan semakin hampir kerana ramai yang mahu menyediakan kuih tradisional untuk tetamu.
“Selain rasanya yang sedap, warna-warni kuih ini juga menarik perhatian pelanggan,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau berkata, kuih pelangi berkenaan dihasilkan secara tradisional bagi memastikan rasanya kekal asli serta mengekalkan tekstur rangup yang menjadi keistimewaan kuih itu.

Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi Siti Nabilah Suhaimi di talian 011-2758 2426. – SAHIH
