KUANTAN STREET ART ADA DAYA TARIKAN TERSENDIRI
KUANTAN STREET ART ADA DAYA TARIKAN TERSENDIRI
Projek Kuantan Street Art di lorong belakang antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota di Bandaraya Kuantan bukan sahaja menjadi ikon pelancongan terbaharu di Pahang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda sempat meluangkan masa meninjau lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu menganggap usaha Majlis Bandaraya Kuantan dibantu barisan 14 pelukis anak tempatan sangat berbaloi dan memberi kepuasan tersendiri kepada warga Bandaraya Kuantan.
PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PAHANG, DATUK ABD RAHIM MUDA MENINJAU KUANTAN STREET ART YANG MENEMPATKAN 36 LUKISAN GRAFITI 3 DIMENSI HASIL KARYA ARTIS ANAK PAHANG
Dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak kejadian vandalism oleh pihak tidak bertanggungjawab, sememangnya hasil seni itu perlu dijaga dan dihargai sebaik mungkin.
Dianggarkan kira-kira 50,000 pengunjung sudah melawat Kuantan Street Art sejak dibuka secara rasmi pada 21 Februari lalu, serentak dengan pemasyhuran Kuantan sebagai bandaraya oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.