KRT Taman Inderapura, Saujana Putra sedia 1,000 bekas bubur lambuk
KRT Taman Inderapura, Saujana Putra sedia 1,000 bekas bubur lambuk
JERANTUT : Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Inderapura dan Taman Saujana Putra dekat sini bekerjasama menyiapkan hampir 1,000 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada jemaah surau kedua-dua taman tersebut, hari ini.
Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk itu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah dan Pejabat Penerangan Daerah Jerantut bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pengerusi KRT Taman Inderapura, Rahmat Mohd Yusof berkata, tujuan utama mengadakan program ini sebagai merapatkan siratulrahim antara penduduk setempat dan agensi jabatan kerajaan tersebut.
“Sambutan ini turut mendapat kerjasama kumpulan penduduk Taman Inderapura yang sudi meluangkan masa bermula menyiapkan bahan-bahan bubur lambuk sehingga memasak.
“Selalunya program ini dilakukan oleh bandan penduduk taman ini, tetapi disebabkan penularan wabak Covid-19 ia terhenti, jadi pada tahun ini kami lakukan kerja gotong royong turut diserta oleh wakil penduduk taman Saujana Putra dan agnesi kerajaan,” katanya.
Wakil penduduk Taman Saujana Putra, Ahmad Fahmi Daud berkata, apabila pihaknya mengetahui Taman Inderapura mengadakan program ini, maka pihaknya turut serta.
“Lagipun taman ini mempunyai kelengkapan dapur yang cukup, taman saya belum mempunyia kelengkapan yang cukup, ini memudahkan program seperti ini dijalankan,”katanya.
Sementara itu, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jerantut, Siti Hanisah Abdul Rauf berkata, program ini merupakan salah satu daripada agenda KRT seperti digariskan dalam Teras Kedua, Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030.
“Kerjasama yang diadakan bersama kedua-dua KRT ini serta agensi kerajaan mencermin satu kerjasama yang erat mencerminkan masyarakat Malaysia Madani mula dihayati,” katanya.-SAHIH.