KPLB salur RM59.64 juta untuk laksana ternakan ayam mega
Foto atas : Datuk Seri Abdul Rahman bergambar bersama hadirin di majlis jamuan hari raya Felcra Pahang Berhad di sini hari ini.
KPLB salur RM59.64 juta untuk laksana ternakan ayam mega
KUALA LIPIS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyalurkan sejumlah RM59.64 juta kepada Felcra Berhad untuk melaksanakan Projek Ternakan Ayam Padaging Sistem Tertutup yang bakal beroperasi di Tanjung Seratus, Kuala Rompin.
Timbalan Menteri 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek itu dalam proses kerja pembersihan tapak dan menyediakan jalan masuk seterusnya kerja pembinaan dijangka akan bermula pada Jun 2022.
Katanya, projek ini merupakan idea strategik dan komitmen Felcra Berhad untuk mengadaptasi pengalaman dan strategi untuk melaksanakan Projek Ternakan Ayam iaitu projek Mega Makanan Negara.
Menurutnya, projek ini turut membuka 500 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat untuk menghasilkan 600,000 ekor ayam setiap pusingan selama 35 hari.
Yang turut hadir, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria..
Katanya, Felcra Berhad merupakan sebuah Syarikat Korporat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan dibawah penyeliaan KPLB akan berusaha bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah makanan negara.
“Kita sedia maklum bahawa bukan rakyat Malaysia sahaja bergantung kepada ayam sebagai sumber protein malahan keseluruhan rakyat dunia memerlukan sumber makanan ini.
“Diharapkan usaha ini yang dipertanggungjawab oleh KPLB kepada Felcra Berhad akan berjaya menemui sasarannya,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Felcra Pahang Berhad di sini hari ini.-SAHIH.