Kota Kuno Hierapolis, Pamukkale, Turki
Kota Kuno Hierapolis, Pamukkale, Turki
Foto atas: Peninggalan teater Hierapolis zaman Rom
Kota kuno Hierapolis terletak di kawasan mata air panas di Phrygia di Anatolia barat daya, kira-kira 20 kilometer (km) sebelah utara Denizli, berupakan tinggalan kota tua zaman Rom yang dibangunkan pada abad ke-2 sebelum masihi (SM) antara kawasan tarikan pelancong dunia.
Di kawasan ini, banyak bangunan besar didirikan seperti Coloseum Roman, pasar, pemukiman penduduk hingga tempat mandi untuk rakyat Roman.
Walaupun berlaku gempa bumi dan beberapa bahagian bangunan runtuh, masih terdapat sisa bangunan yang boleh dilihat dan menggambarkan kemegahan senibina lama zaman itu.
UNESCO telah mengiktirafnya sebagai Muzium Arkeologi Warisan Dunia pada tahun 1988.
Kota ini dianggap sebuah “Kota Suci” yang terletak di Pamukkale, pada awal abad ke-3 SM sebagai sebuah kuil yang dibangun oleh orang Phrygia di lokasi tersebut untuk didedikasikan kepada Hieron, kemudian menjadi Hierapolis pada abad ke-2 SM,
Hierapolis kemudian dibangunkan menjadi tempat spa (bahasa latin – solus per aqua atau sante per aqua) yang dipersembahkan kepada Raja Pergamon, Eumenes II.
Sebahagian percaya bahawa nama Hierapolis diambil dari kuil Hieron yang dibina di tempat tersebut dan ada yang pendapat, nama Hierapolis diambil sempena menghormati nama Hiera, isteri Telephos, yang telah mendirikan dinasti Attalid.
Hierapolis cepat popular sebagai pusat perubatan mata air panas yang dipercaya memiliki pelbagai khasiat dan penyembuhan.
Ketika raja terakhir Dinasti Attalid hampir meninggal dunia, dia mengembalikan Hierapolis kepada Rom.
Beberapa abad kemudian, sebahagian besar kota ini telah berubah dari era Yunani menjadi sebuah kota Rom.
Pada awal abad ke-1 M, Hierapolis dilanda gempa bumi, dan beberapa dekad kemudian semasa zaman Nero, kota ini hampir seluruhnya hancur disebabkan kesan beberapa gempa bumi yang lain.
Kota ini terus dibangunkan dan dipelihara dengan gaya Roman, selama dua abad berikutnya, Hierapolis terus berkembang di bawah Kaisar Hadrian yang membina sebuah teater yang terkenal.
Pada awal abad ketiga, kota ini diberikan status khusus yang disebut Neocoros oleh kaisar Caracalla yang memberi Hierapolis sejumlah hak istimewa dalam sistem Rom dan terus berkembang pesat dengan penduduk mencapai kira-kira 100,000 orang.
Pada abad ke-12, wilayah ini di bawah kendali Kesultanan Seljuk Konya, Hierapolis menjadi perebutkan ketika Perang Salib dan akhirnya mulai ditinggalkan menjelang akhir abad ke-14.
Pada awal abad ke-16, Hierapolis sekali lagi dilanda gempa, mulalah kota ini tidak berpenduduk dan berlaku kerosakan dan tidak diperbaiki.
Runtuhan kota hampir tidak diusik sehingga penggalian kembali yang dilakukan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh ahli arkeologi Jerman, Carl Humann (1839-1896) pada bulan Jun dan Julai, 1887.
Di Hierapolis terdapat Teater Hierapolis Pamukkale, Kuil Apollo, Nekropolis, Kubu Zaman Pertengahan (Middle age fortress), Tembok Kota (City Walls), Martyrium St. Philip dan gereja. -SAHIH.