Kopi berkualiti untuk warga Sang Riang
Kopi berkualiti untuk warga Sang Riang
BERA – Seorang ahli perniagaan menyediakan minuman kopi diimport dari Thailand sebagai hadiah kepada penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang, dekat sini.
Sumbangan itu sebagai tanda prihatin terhadap warga emas yang menetap di situ.
Terdapat kira-kira 300 warga emas terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama ditempatkan di rumah kebajikan itu sejak beroperasi hampir 10 tahun lalu.
Pemilik Old Tea Cafe, Tan Yong Yang berkata, aroma kopi terbaik dari Thailand itu juga adalah hadiah istimewa kepada golongan warga emas di situ.
“Rasa kopi ini lebih lemak tapi tidak terlalu manis dan sesuai untuk warga emas di Sang Riang,” katanya.
Sementara itu, pengerusi Sang Riang, Yap Yoke Moey sangat terharu dengan kesudian pihak Old Tea Cafe menyumbang minuman kopi istimewa kepada penghuni rumah kebajikan itu.
“Walaupun mereka berniaga, tapi mereka tidak lupa untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
“Saya harap perniagaan mereka terus berjaya dan dapat terus memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Old Tea Cafe kini memiliki sebuah premis dan beroperasi di pekan Triang dekat bandar Bera.-SAHIH.