Kongres hargai PM prihatin tahap kebersihan tandas di sekolah
Kongres hargai PM prihatin tahap kebersihan tandas di sekolah
Foto atas : Sebuah tandas di sekolah yang bersih. (gambar hiasan)
KESATUAN Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang sangat prihatin dengan tahap kebersihan tandas di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, ini menunjukkan Perdana Menteri sentiasa mengambil berat hal keselesaan pelajar sekolah dengan kemudahan tandas d sekolah yang bersih dan selesa.
“Kepada pihak sekolah dan kontraktor diharapkan berbincang dan memberi fokus yang tepat bagi menyelesaikan masalah tandas di sekolah seperti menyelesaikan kerosakan pam tandas dan paip saluran najis yang sering tersumbat.
“Jika tandas tiada masalah peruntukan boleh digunakan utk mencantikkan tandas agar murid lebih selesa semasa mereka menggunakan tandas,” katanya ketika ditemui.
Katanya, harapan seterusnya selepas ini PMX akan memberi peruntukan lain yang sama keseluruh sekolah di Malaysia sama ada berkaitan dengan penyelenggaraan atau peruntukan pengajaran dan pembelajaran digital seperti pembelian smartboard dan sebagainya.
Beliau yang juga presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) yakin yakin dengan peruntukan seperti ini sudah tentu akan menggembiran guru-guru dan warga sekolah.
“Mungkin Perdana Menteri mendapat gambaran awal semasa melawat tandas sekolah sebelum ini.
“Dijangka peruntukan akan disalurkan sebelum bulan September ini,” katanya.- SAHIH.