Komuniti penggemar sukan kawalan jauh bantah litar digunakan oleh motosikal mini
Komuniti penggemar sukan kawalan jauh bantah litar digunakan oleh motosikal mini
KEPONG – Komuniti penggemar sukan kereta kawalan jauh (RC) membantah penggunaan litar kereta kawalan jauh di Kepong yang bakal digunakan oleh kumpulan motosikal mini (pocket bike) yang boleh menjejaskan permainan RC.
Litar Kawalan Radio Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIRCC) yang terletak di Taman Metropolitan Kepong di kawasan seluas 117 hektar itu terletak di pinggir bandar dengan pelbagai kemudahan rekreasi dan tema landskap.
Taman itu juga terkenal dengan permainan layang-layang pada setiap petang dan juga tempat popular untuk berjoging dan beriadah.
Litar Kawalan Radio Antarabangsa Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KLIRCC dibina oleh Majlis Bandaraya Kuala Lumpur dibina khas untuk Kereta Atas Jalan Kawalan Radio.
Penggemar sukan RC yang dikenali sebagai Ah Jay berkata, kekurangkan litar RC merencatkan hobi permainan itu sekiranya kumpulan motosikal mini masuk dan menguna litar itu.
“Sekiranya permainan perlumbaan motosikal mini itu masuk menggunakan gelanggang itu akan mengakibatkan kesan kasar permukaan litar dan berlekuk-lekuk dan tidak sesuai dengan permainan RC,” katanya.
“Selain itu, permukaan litar itu rosak, ia turut menjejaskan permainan RC malah turut merosakkan kereta RC dan juga peralatannya mekanikalnya.
Seorang penggemar permainan itu dari Temerloh, Ibrahim Affendi berkata, motosikal mini boleh dimainkan di banyak tempat seperti berdekatan tempat letak kereta di Stadium Shah Alam yang lapang tanpa perlu penyelenggaraan yang khusus.
Katanya, litar di Kepong itu selalu digunakan oleh kumpulannya kerana mengambi masa kira-kira 2 jam untuk bermain di situ dan hanya memerlukan permukaan litar itu diturap semula dan sesuai dengan permainan kereta kawalan jauh (RC).
“Kelebihannya litar itu yang terletak di Desa kepong mudah diakses oleh penggemar dari seluruh negara dan bertaraf antarabangsa , oleh itu kami membantah digunakan oleh motosikal mini kerana itu sahaja tempat kami beriadah, ” katanya.
“Secara teknikal, KLIRCC telah dirancang dengan rapi setelah bertahun-tahun membuat kaji selidik dan penelitian tentang aspek keperluan sebuah prasarana litar antarabangsa,” katanya.-SAHIH.