KLUSTER ARA DIKESAN
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan satu lagi kluster baharu di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Kluster Ara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti dua individu.
Beliau berkata, Kluster Ara dikesan apabila kes indeks, iaitu kes ke-10,024 yang juga seorang lelaki berumur 44 tahun warganegara Malaysia dikesan positif ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September lalu berikutan kedatangan kes dari Semenanjung.
“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan satu kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kes positif ini, iaitu kes ke-10,217 ialah anak saudara kepada kes indeks.