KLINIK BERGERAK LZNK BANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR
KLINIK BERGERAK LZNK BANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR
ALOR SETAR – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut menghantar Klinik Bergerak bersama Misi Bantuan Banjir ke Selangor dan Kuala Lumpur dan klinik bergerak itu beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari di lokasi yang telah ditentukan.
Menyedari perkara itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) turut menghantar Klinik Bergerak bersama Misi Bantuan Banjir ke Selangor dan Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman berkata, selain bantuan makanan yang perlu diberi perhatian, aspek perubatan dan kesihatan juga perlu diberi perhatian terhadap mangsa-mangsa banjir.
“Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan khususnya Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan doktor perubatan yang disediakan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), klinik bergerak ini beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari di lokasi yang telah ditentukan.
“ Klinik Bergerak LZNK ini dilengkapi dengan peralatan asas seperti katil perubatan, mini lif untuk pesakit berkerusi roda, peti sejuk, gas oksigen dan lain-lain kelengkapan lain , manakala 3 orang doktor dan pegawai perubatan serta bekalan ubatan disediakan oleh pihak PAPISMA dengan kerjasama JKM Selangor,” katanya.
Katanya, hari ini, Klinik Bergerak LZNK akan berada di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang yang menempatkan seramai 462 orang penduduk terjejas banjir.
“Esok, klinik bergerak ini akan berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching Tengah, Kuala Selangor yang menempatkan seramai 908 penduduk terjejas banjir.
Manakala pada Ahad, klinik bergerak LZNK akan berada di TBA Pusat Pemindahan Sementara, PPS Shah Alam.
Warga Selangor yang berada di sekitar kawasan klinik bergerak LZNK beroperasi, boleh mendapatkan rawatan kesihatan sekiranya perlu.-SAHIH.