Kit Tunas Makmur, sumbangan Kerajaan Pahang santuni masyarakat Hulu Tembeling
Kit Tunas Makmur, sumbangan Kerajaan Pahang santuni masyarakat Hulu Tembeling
HULU TEMBELING – Kerajaan Negeri Pahang meneruskan komitmen menyantuni rakyat apabila Kit Tunas Makmur dan cek sumbangan diserahkan kepada masyarakat sekitar Mukim Hulu Tembeling dalam satu program kebajikan, yang diadakan hari ini.
Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tembeling (51 penerima), SK Kampung Pagi (15), SK Mat Daling (34), SK Gusai (23) dan SK Kuala Sat (86).
Selain itu, cek sumbangan turut disalurkan kepada beberapa jawatankuasa kampung, masjid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi menyokong keperluan kebajikan, pendidikan serta kemudahan komuniti.
Antara penerima sumbangan ialah Jawatankuasa Pembangunan dan Kesejehatraan Kampung (JPKK) Kampung Pagi bagi penganjuran kenduri kampung dan pembelian kanopi; PIBG SK Ulu Tembeling untuk pembelian komputer riba dan pencetak; serta Masjid Kampung Bantal bagi penyediaan kanopi, kerusi dan meja.
Turut menerima sumbangan ialah JPKK Kampung Kuala Sat bagi aktiviti siaraya dan kebudayaan, PIBG SK Mat Daling bagi majlis apresiasi murid, JPKK Kampung Bukit Mat Daling bagi penggantian jambatan kayu ke tanah perkuburan Kampung Pulau Besar, serta JPKK Kampung Gusai untuk pembelian komputer urusan pentadbiran.
Setinggi-tinggi penghargaan dizahirkan kepada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Kerajaan Negeri Pahang atas keprihatinan serta inisiatif berterusan dalam memperkasa kebajikan masyarakat luar bandar.
Program berkenaan diharap dapat memberi manfaat berpanjangan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan komuniti setempat.-SAHIH.
