KETUA POLIS NEGARA NAFI PDRM SOKONG PN
KETUA POLIS NEGARA NAFI PDRM SOKONG PN
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa PDRM digunakan sebagai alat untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional.
“Siapa saja pun boleh buat tekaan, kritikan, andaian dan insinuate anything just to potray (perli apa saja untuk menggambarkan) PDRM sebagai satu alat untuk nak sokong kerajaan.
“Saya ulangi saya tegas dengan pendirian saya bahawa apa juga kegiatan yang diambil oleh pihak saya, tiada kaitan dengan politik,” lapor Malaysiakini disidang media di Bukit Aman, hari ini.
Katanya, sebelum ini ada menyatakan PDRM telah mengambil tindakan terhadap tokoh-tokoh pembangkang, baik zaman dulu, baik zaman sekarang.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai dakwaan Pakatan Harapan bahawa PN menggunakan agensi kerajaan termasuk PDRM sebagai senjata politik untuk menambah sokongan.