KETUA PENDAKWAAN TRUMP MASUK HOSPITAL
KETUA PENDAKWAAN TRUMP MASUK HOSPITAL
WASHINGTON: Senator yang mengetuai perbicaraan pendakwaan terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dimasukkan ke hospital semalam, selepas didapati tidak sihat ketika mengangkat sumpah sebagai juri.
Patrick Leahy, 80, yang dipilih pada 1974 lalu, memimpin perbicaraan berikutan beliau adalah senator kanan parti dengan majoriti di Senat, yang dikuasai Demokrat.
Jurucakapnya dalam kenyataan mengesahkan keadaan kesihatan Leahy.
GAMBAR IHSAN AFP
“Petang ini (semalam) Senator Leahy berada di pejabat Capitol namun beliau tidak sihat.
“Atas nasihat doktor, beliau diminta supaya dibawa ke hospital terdekat untuk pemerhatian di mana beliau sekarang dan sedang dijaga rapi,” katanya kepada AFP.
Seramai 100 senator akan bertindak sebagai juri dalam perbicaraan di mana Trump dituduh menghasut pemberontakan dalam serangan di Capitol pada 6 Januari lalu.8
Tarikh perbicaraan dijadual berlangsung 9 Februari ini.
Demokrat dijangka berdepan laluan sukar untuk meyakinkan 17 senator Republikan, iaitu jumlah yang diperlukan untuk mencapai dua pertiga undi majoriti bagi mensabitkan Trump dengan dakwaan terbabit.