Kes pertama COVID-19 di pintu masuk negara
Kes pertama COVID-19 di pintu masuk negara
SELANGOR – Satu kes positif Covid-19 dikesan pada hari pertama perjalanan lengkap vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kes positif itu dikesan pagi tadi, menerusi saringan yang dijalankan di pintu masuk Malaysia.
Katanya , tindakan cepat dan pantas sedemikian sangat penting bagi memastikan penularan jangkitan , termasuk daripada risiko variant baharu, omicron berupaya di tangani sepenuhnya
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin
Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru sedang melakukan penilaian risiko terhadap penumpang bas berkenaan, sama ada perlu menjalani kuarantin dan sebagainya, walaupun terdapat satu kes,
Saya tidak anggap sesuatu yang boleh mengagalkan VTL, ini sebaliknya contoh bagaimana pre-departure testing on arrival testing semua adalah langkah-langkah pencegahan perlu kita ambil bukan maksud kita batal, ini contoh kepentingan di sebalik saringan prapelepasan dan ketika ketibaan. VTL hanya kerana satu kes ini, we have to live with it there will be positif cases. Tetapi yang penting adalah”.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penghargaan petugas barisan hadapan Covid-19 di Institut Kesihatan Negara (NIH), Kementerian Kesihatan (KKM), pada Isnin.
Khairy menjelaskan kes pertama itu dikesan menerusi saringan kit ujian pantas (RTK) antigen ketika individu berkenaan tiba di pintu masuk utama antarabangsa Tambak Johor. .
Khairy berkata hari ini adalah hari penting kepada Malaysia dan Singapura , jiran paling hampir kepada kedua-dua negara untuk membuka sempadan dengan selamat.-SAHIH