KES COVID-19 INDONESIA MELEPASI ANGKA 1.21 JUTA
KES COVID-19 INDONESIA MELEPASI ANGKA 1.21 JUTA
JAKARTA: Kes COVID-19 di Indonesia meningkat sebanyak 8,844 dalam sehari, menjadikan jumlah kumulatif kini melepasi 1.21 juta kes.
Kementerian Kesihatan Indonesia hari ini memaklumkan 280 kes kematian direkodkan akibat COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah kumulatif 32,936 kematian.
![]()
GAMBAR HIASAN
Menurut kementerian itu, 11,919 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1.02 juta, lapor Agensi.
Pandemik COVID-19 merebak di semua 34 wilayah di republik itu.
Dalam tempoh 24 jam, Jakarta merekodkan 3,018 kes baharu selain 1,737 kes di Jawa Barat; Jawa Tengah (763 kes); Jawa Timur (560 kes) dan Sulawesi Selatan (381 kes).
Bagaimanapun, tiada kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan di wilayah Maluku.
Dalam perkembangan lain, Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (AS), berkata gempa bumi dengan magnitud 5 melanda Bandar Lampung.
![]()
Pusat gempa, dengan kedalaman 29.07 kilometer (km), asalnya dikesan di kedudukan 6.3242 darjah latitud selatan dan 103.6061 darjah longitud timur.
