Kerjaya Ekonomi Gig tingkatkan ekonomi Veteran ATM
Kerjaya Ekonomi Gig tingkatkan ekonomi Veteran ATM
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan melancarkan program Kerjaya Ekonomi Gig untuk Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi lebih 128 ribu veteran berusia 60 tahun ke bawah.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, program dengan kerjasama syarikat keselamatan, Code 7 Tech Sdn Bhd (Code 7) itu menyasarkan 10 ribu penyertaan bagi fasa awal pelaksanaannya.
Jelasnya peluang itu menawarkan perkhidmatan berasaskan keselamatan yang siginifikan dengan kepakaran dan kemahiran dimiliki oleh majoriti veteran ATM seluruh negara.
Code 7 melalui aplikasinya menyediakan perkhidmatan keselamatan daripada syarikat keselamatan berlesen yang terdekat kepada pelanggan dan premis mereka tidak kira samada mereka berada di dalam ataupun diluar premis tersebut.
Untuk melanggan perkhidmatan itu, mereka boleh memuat turun aplikasi Code 7 melalui Apple App Store atau Google Play Store. – SAHIH