KERETA SALAH GEAR HENTAM CERMIN SEBUAH BANK
KERETA SALAH GEAR HENTAM PINTU CERMIN SEBUAH BANK
JERANTUT – Beberapa pelanggan yang berada di dalam bahagian mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terkejut apabila bunyi dentuman yang kuat dan disusuli bunyi kaca berderai pintu premis sebuah bank di bandar ini yang berlaku kira-kira jam 10.00 pagi hari ini.
Kejadian itu berlaku dipercayai pemandu kenderaan berkenaan yang cuba mengundur kereta yang dipandunya untuk berundur tetapi kemungkinan tersalah meletakkan posisi gear menyebabkan berlaku kejadian melanggar pintu kaca premis tersebut.
Seorang peniaga yang memandu kenderaan itu dipercayai warga asing yang selesai berurusan di dalam bank itu apabila keretanya yang diparkir di hadapan premis itu tiba-tiba meluncur serta melanggar pintu kaca premis berkenaan.
Seorang pelanggan berusia 45 tahun yang tidak mahu namanya disiarkan yang berada di restoren berdekatan, turut terkejut apabila mendengar dentuman yang kuat di hadapan bank itu.
“Ketika itu saya sedang bersembang dengan seorang rakan sambil minum menyebabkan cawan minuman yang saya pegang tercampak
“Kejadian yang berlaku sangat pantas itu mengejutkan pelanggan di dalam restoran dan beberapa orang di hadapan bank itu,” katanya.
Katanya, kereta itu mengalami kerosakan di bahagian bumper sehingga tertanggal dan pintu depan bank itu turut pecah, manakala sebuah banting iklan kewangan tumbang di atas pecahan kaca pintu,” katanya, di sini hari ini.
Seorang pelanggan wanita yang kebetulan berada di parkir kereta sebelum berurusan di bank itu berkata, kemungkinan kereta dipercayai dipandu warga asing itu salah meletakkan gear yang sepatutnya.
“Mujur tiada pelanggan atau orang awam yang berdiri di hadapan kereta itu diparkirkan, bersyukur kejadian ini tidak melibatkan kemalangan nyawa serta kecederaan kerana kebetulan semua pelanggan berada di dalam bank dan tidak seorang pun berdiri di kaki lima,”katanya.-SAHIH.