Kerajaan Pahang cadang adakan pertandingan landskap antara PBT Pahang
Foto atas : EXCO Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal (5 dari kanan) di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Landskap (Halaman Cantik) Peringkat Daerah Raub Tahun 2023 di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Raub, semalam.
Kerajaan Pahang cadang adakan pertandingan landskap antara PBT Pahang
RAUB: Kerajaan negeri bercadang untuk meluaskan pertandingan landskap antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Peringkat Negeri Pahang tahun hadapan.
EXCO Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, cadangan mengadakan pertandingan itu akan di bawa ke mesyuarat kerajaan negeri.
Katanya, di PBT Majlis Daerah Raub telah mengadakan 14 ketegori landskap halaman cantik sejak tahun 2017 dan ditersukan pada tahun ini.
“Program ini pada asalnya dilaksanakan oleh Majlis Daerah Raub (MDR) melalui peruntukan Jabatan Landskap Negara dan sehingga kini MDR masih meneruskan pertandingan ini dengan menggunakan peruntukan MDR sendiri bermula tahun 2000.
“Sehingga kini, pertandingan ini diurus oleh Bahagian Landskap MDR bertujuan untuk mendedahkan orang awam betapa pentingnya agenda kemampanan termasuklah mencintai dan menjaga tumbuhan bagi memastikan persekitaran yang mampan dan semangat cintakan alam sekitar,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Landskap (Halaman Cantik) Peringkat Daerah Raub Tahun 2023 di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Raub, hari ini.
Katanya, program ini selaras dengan agenda pembangunan mampan negara iaitu Sustainable Development Goals (SDG’s) atau Matlamat Pembangunan Mampan olehPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation) yang mana negara kita merupakan salah satu negara yang menganggotai pertubuhan ini
“Semangat untuk mencintai tumbuhan dan landskap selaras dengan hasrat MDR untuk menjadikan masyarakat di daerah Raub masyarakat yang mencintai alam sekitar.
“Antara kategori yang dipertandingan ialah, rumah tradisional / kampung; rumah banglo sebuah; rumah banglo Bukit Fraser; rumah berkembar / teres lot tepi dan rumah teres lot tengah,” katanya.
Katanya, manakala, kategori lain yang turut dipertandingkan ialah, pusat latihan; sekolah rendah; sekolah menengah, bangunan kerajaan; masjid; rumah ibadat; tabika; pra-sekolah dan banglo (Felda).
Juara kategori rumah tradisional/ kampung, Zaharah Mahasan Mawa beralamat di Kampung Jeruas, dekat sini berkata, selama ini dia memang sentiasa mengemas sekitar halaman rumahnya.
“Tidak sangka ada orang datang menghakimi dan muncul juara, saya bersyukur kerana dengan ada pertandingan seperti ini akan memberi motivasi kepada saya dan jiran lain turun menghias rumah masing-masing.
“Selain kawasan rumah Nampak bersih dan cantik, ia turut memberi ketenagnan pada diri dan keluarga saya,” katanya. – SAHIH.