KERAJAAN PAHANG BERI BAUCER PADA PELANCONG
KERAJAAN PAHANG BERI BAUCER PENGINAPAN KEPADA PELANCONG
BENTONG: Kerajaan Pahang akan memberi baucer pusat penginapan kepada pelancong yang melancong ke negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, dan Perladangan dan Komiditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, bantuan ini adalah julung kali yang diberikan oleh Kerajaan Pahang.
“Baucer yang akan diberikan oleh Kerajaan Pahang sebanyak RM30 dan RM20 kepada pengunjung yang menginap di hotel atau chalet di sekitar negeri ini untuk menampung pembiayaan bayaran penginapan pelancong.
“Contohnya, bilik yang dipilih berharga RM130, dapat baucer RM30, pelancong perlu membayar RM100 sahaja, oleh itu untuk mendapatkan baucer ini, pelancong perlu memohon melalui aplikasi PahangGO, “ katanya semasa semasa Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang (BPP) kepada pemandu pelancong dan pengusaha pusat penginapan di Chalet MamaPapa, di Janda Baik.
Bantuan baucer ni adalah percubaan julung kali oleh Kerajaan Negeri dan sekiranya mendapat sambutan, tawaran ini akan diteruskan.
“Baucer ini hanya untuk hotel atau chalet bajet sahaja dan diterima secara automatik apabila pelancong memohon melalui aplikasi PahangGO”, katanya.
Turut hadir, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim; Pegawai Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin; dan Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hashim.
Penerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP), Atal Abd Manap, 71, pemilik KZ@JB Homestay mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada industri pelancongan.
“Bantuan ini kami sudah terima sebanyak tiga kali, inilah yang dapat menampung serba sedikit perusahaan kami walaupun tidak boleh berniaga.
“Sebagai pemandu pelancong selama 15 tahun ini, kami berharap perancangan Tourism Pahang ini, kami dapat bekerja semula dan kami sedang buat persediaan”, katanya.
Seorang lagi pemandu pelancong, Nurul Aswad Akib, 39, dia merupakan pemandu pelancong untuk 101 Resort di Janda Baik mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang sudi memberi bantuan kepada industri pelancongan.
“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Pahang dengan bantuan ini memandangkan saya juga hampir setahun tidak mempunyai kerja sebagai pemandu pelancong.
“Kami sudah dapat bantuan tiga kali dari Kerajaan Negeri dan kami mengalu-alukan dengan pembukaan semula resort ini dapat membantu industri pelancongan. Kami bersedia untuk bekerja, kami juga sudah menerima suntikan vaksin sepenuhnya”, katanya.-SAHIH.