KERAJAAN PAHANG BANTU ANAK NEGERI DAFTAR IPT
Berita Nasional
KERAJAAN PAHANG BANTU ANAK NEGERI DAFTAR IPT
KUANTAN: Kerajaan Negeri mengambil berat isu pelajar anak Pahang, yang telah mendaftar masuk di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan berada lebih awal di tempat tinggal sewaan masing-masing.
Ini susulan arahan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar pelajar-pelajar tidak perlu mendaftar secara fizikal, tetapi melakukannya menerusi atas talian.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi yang telah mendaftar dan tinggal di asrama yang IPTA sediakan, seperti arahan yang dikeluarkan oleh pihak KPT, mereka diminta kekal berada di sana sehingga arahan lanjut dikeluarkan.
“Arahan ini berikutan berlakunya peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di seluruh negara sejak kebelakangan ini.
“Sehubungan itu, sebagai langkah persediaan, saya mohon para pelajar dalan kalangan anak-anak Pahang yang terbabit (yang tinggal di tempat-tempat tinggal sewaan luar kampus) supaya dapat memaklumkan kedudukan mereka sama ada melalui Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) bersama dengan kepimpinan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Pahang atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPTA masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Beliau berkata, pelajar terbabit diminta memberi maklumat diperlukan agar Kerajaan Negeri dapat berusaha untuk menyalurkan bantuan-bantuan yang bersesuaian