KERAJAAN NEGERI PAHANG SEDIA RM10 JUTA HADAPI BANJIR
KERAJAAN NEGERI PAHANG SEDIA RM10 JUTA HADAPI BANJIR
JERANTUT: Kerajaan negeri Pahang bersiap sedia menghadapi kemungkinan akan berlaku bencana banjir di penghujung tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta
Sebanyak RM2.5 juta pula disediakan untuk kos pembelian bekalan barangan keperluan makanan seberat 199 tan dan dihantar secara berperingkat ke 140 pangkalan hadapan seluruh negeri bermula dengan Pulau Tioman pada 30 Oktober lalu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri bersiap sedia dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10 juta untuk menghadapi musim tengkujuh yang selalunya berlaku di hujung tahun setiap tahun.
“Tetapi sekiranya ada penambahan sikit lagi dan sebagainya kita kita terpaksa keluarkan belanja, kita tak tahu banjir yang berlaku macam mana, sebelum ini ke Pulau Tioman dan hari ini ke pengkalan hadapan Jerantut.
“Walau begitu, kita berdoa janganlah berlaku bencana ini yang menyukarkan rakyat negeri khususnya yang tinggal di kawasan sepanjang sungai dan di tepi laut serta kawasan rendah yang mudah dibanjiri,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan flag-off pelancaran misi penghantaran bekalan keperluan bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 di perkarangan Majlis Daerah Jerantut, Pahang .
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin
“Kita juga mempunyai Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sangat berpengalaman.. telah beberapa kali menghadapi banjir dan ini bukan suatu perkara baru kepada kerajaan negeri.
“Terima kasih kepada JKM yang sentiasa siap siaga untuk menghantar bekalan makanan ke pengkalan hadapan untuk kita hadapi musim banjir. Terima kasih juga kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri serta exco yang bertangggungjawab,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri Malaysia turut cakna dengan menaikkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir daripada RM500 ke RM1000.-SAHIH.