KERAJAAN NEGERI BANTU RAWAT KANAK-KANAK
KERAJAAN NEGERI BANTU RAWAT KANAK-KANAK
BERITA GEMBIRA DITERIMA SEPASANG SUAMI ISTERI MENJELANG 31 OGOS
KUANTAN: Sepasang suami isteri mendapat berita gembira menjelang 31 Ogos apabila Menteri Besar Pahang meluluskan bantuan untuk mengubati penyakit anaknya yang mengidap penyakit ‘Right Erb Palsy Secondary To Right Shoulder’.
Pasangan itu, Zulkifli dan Noor Affina sempat bertemu dengan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika turun dari pejabat untuk pulang.
“Rupanya mereka lama menunggu saya untuk memohon bantuan bagi mengubati anaknya, Muhammad Zulhilmi Zikri yang mengidap penyakit ini.
“Anak mereka disahkan menghidap penyakit berkaitan saraf yang kini sedang menjalani rawatan susulan di hospital dan memerlukan bantuan kewangan memandangkan kos rawatan yang tinggi,” katanya semalam.
Katanya, bersimpati dengan nasib yang menimpa Muhammad Zulhilmi Zikri itu, beliau telah meluluskan bantuan bagi membantunya.
“Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga Zulkifli sekeluarga dan didoakan agar anak mereka diberi kesembuhan serta dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain,” katanya.-SAHIH.