Kerajaan Malaysia sumbang sejuta Al-Quran ke seluruh dunia.
Foto atas : Pertemuan secara maya oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. – Kredit foto: Facebook Anwar Ibrahim
Kerajaan Malaysia sumbang sejuta Al-Quran ke seluruh dunia.
KERAJAAN Malaysia Madani akan menyumbangkan sejuta naskah Al-Quran ke seluruh dunia termasuk 15,000 naskhah ke Sweden.
Al-Quran yang akan disumbangkan ke Sweden diterjemahkan ke dalam bahasa negara itu sebagai satu usaha menangani kedangkalan pemahaman masyarakat Sweden terhadap agama Islam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu sebagai satu gabungan kerajaan dengan negara Turkiye bagi menentang sikap Islamofobia (permusuhan dan kebencian terhadap Islam) bila ada warga Sweden yang biadab membakar kitab suci itu beberapa bulan lalu.
Beliau memaklumkan kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam pertemuan dalam talian pada malam 5 Ogos 2023 sebagai sokongan kepada dunia, bahawa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan untuk memburuk-burukan agama Islam dengan menggunakan hak perlindungan kebebasan bersuara.
“Ingin saya tegaskan berkali-kali Kerajaan Perpaduan menolak sebarang unsur keganasan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan keganasan,” katanya ketika ucapannya yang dimuat naik dalam di laman sosial Twitter.
Sebelum itu pada petang harinya, PMX mengadakan perjumpaan dengan pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Anwar berkata kerajaan juga akan memikul komitment membina Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gocken (ISGIA) yang bernilai £200 juta (lebih RM1.16 bilion) dan memilih Batik Air sebagai operator untuk laluan KUL-ISG. Penerbangan Batik Air akan mula beroperasi Oktober 2023.
Erdogan juga memberi jaminan akan melawat Malaysia dan PMX akan bertemunya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan September 2023 ini.
Sementara itu, berdasarkan laporan CIA World Factbook, 60.2 peratus penduduk Sweden menganut fahaman agama Kristian cabang Lutheran, 8.5 peratus Roman Catholic, Orthodox atau Baptist Christianity. Terdapat penganut agama Islam, Yahudi dan Buddha, manakala 31.3 peratus Athies.-SAHIH.