Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung- RMK12
Kerajaan komited kurangkan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung- RMK12
KUALA LUMPUR – Penekanan terhadap Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berupaya merapatkan jurang pembangunan antara negeri berkenaan dengan Semenanjung.
Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata segala perancangan yang dinyatakan itu juga mampu meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi kedua-dua negeri.
Datuk Seri Alexander Nanta LINGGI / Setiausaha Agong GPS
Selain daripada itu, ditekankan juga pembangunan sosio ekonomi, bukan sahaja dari segi infrastruktur asas, tetapi kita memerlukan juga pendapatan tinggi serta peluang pekerjaan, menyertai program keusahawan dan industri serta pelbagai lagi. Ini yang dialu2kan
Katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.
Alexander berharap pelaksanaan RMK-12 dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Tegasnya, sebarang karenah birokrasi perlu dikurangkan bagi memastikan RMK-12 dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat.-SAHIH