Kerajaan kaji untuk mewajibkan Vaksin
Kerajaan kaji untuk mewajibkan Vaksin
KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengkaji keperluan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin covid-19 sebelum dibawa ke kabinet untuk dimuktamadkan .
Perdana menteri , datuk seri i ismail sabri yaakob , berkata , walaupun pengambilan pelalian itu belum diwajibkan , namun beliau menggesa dan menggalakkan semua pihak berbuat demikian dem i kebaikan bersama.
Setakat ini, katanya, jumlah yang enggan mengambil vaksin covid-19 bukan atas sebab kesihatan hanya lah kira-kira satu peratus.
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Ramai yang marah kenapa kita nak memaksa dan menghukum (yang tidak mahu vaksin). Saya nak beritahu setakat semalam sudah 92 peratus (rakyat dewasa) mendapat vaksin, yang mendapat satu dos sudah 95 peratus.
Yang tak nak vaksin hanya lebih kurang satu peratus sahaja. Dari segi prinsip kerajaan, kita menjaga kepentingan ramai berbanding melindungi kepentingan (kelompok) yang sangat sedikit.
Perdana menteri berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di perumahan awam seri perak , bandar baru sentul, pada sabtu.
Tegas perdana menteri jangan hanya che gu satu orang masuk ke sekolah tak ade vaksin yang lain sudah mendapat vaksin dia membahayakan yang lain termasuk pelajar.-SAHIH