KENYATAAN RASMI MINGGU DEPAN
AKAN UMUM LEPAS DAPAT PERKENAN AGONG
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini, minggu depan.
Ia selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal berkenaan itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.
GAMBAR HIASAN
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang semalam.
“Perkara ini sudah dibincang tetapi kita akan mengikut secara tertib dan berhemah yang mana kita akan persembah perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Insya-Allah tidak ambil masa yang lama, dalam minggu depan kita akan bagi kenyataan,” katanya kepada seperti dilaporkan Bernama.