KENAPA NAMA ‘ALIAS’ PM JADI PUNCA INDIVIDU DIBEBASKAN
KENAPA NAMA ‘ALIAS’ PM JADI PUNCA INDIVIDU DIBEBASKAN
PETALING JAYA: Ramai tidak bersetuju dengan keputusan membebaskan seorang lelaki yang berdepan dengan perintah tahanan pencegahan dua tahun kerana perdana menteri menandatangani perintah itu menggunakan nama aliasnya.
Peguam bagaimanapun, bersetuju dengan pembebasan itu dengan berkata pematuhan ketat undang-undang perlu dalam kes yang mempengaruhi kebebasan individu, lapor FMT.
Lelaki Sabah itu yang didakwa terlibat dalam pengedaran dadah, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi kerana perdana menteri yang ketika itu menteri dalam negeri, tidak menggunakan nama sebenarnya ketika mengeluarkan perintah tahanan pencegahan, tahun lalu.
Perintah itu ditandatangani di bawah nama Muhyiddin Yassin. Nama sebenar perdana menteri dalam kad pengenalannya adalah Mahiaddin Md Yasin.
.