KENANGAN DI MASJID BERUSIA 96 TAHUN
Mohamad Stapar dari Pahang berkongsi kenangan berpeluang bergambar di Surau Kampung Masjid (Masjid Lama) berusia 96 tahun.
Pada tahun 1924, masjid tersebut dibina untuk kemudahan penduduk di Kuala Krau.
Namun pada tahun 1982 solat Jumaat telah dialihkan ke Majis Kuala Krau oleh Al-fadhil Tuan Qadhi daerah Temerloh kerana jemaah tidak mencukupi.
Kini, ia dijadikan surau bagi penduduknya untuk melakukan solat berjemaah dan melakukan aktiviti keagamaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah
dan Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud turut singgah untuk solat di surau berkenaan.