KEMALANGAN MAUT DI JALAN KUANTAN SEGAMAT
KEMALANGAN MAUT DI JALAN KUANTAN SEGAMAT
PEKAN: Dua orang maut dalam kemalangan jalan raya di susur masuk ke Jambatan Timbang, Jalan Kuantan-Segamat, hari ini.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dikejarkan ke lokasi kemalangan yang melibatkan empat kenderaan lain.
Anggota BBP mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dihantar ke hospital.
Dalam kejadian itu, seorang cedera parah dan tujuh lagi cedera ringan.
Semalam, dua terselamat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Kampung Simpai.
Kejadian itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang terbabas melanggar tiang elektrik.
Dua orang dewasa di dalam kereta tersebut sempat dikeluarkan oleh orang awam, manakala seorang mangsa tersepit turut dikeluarkan oleh anggota BBP Chini.-SAHIH.
Foto: BBP Chini.