KELINDAN LORI MAUT, PEMANDU PARAH
KELINDAN LORI MAUT, PEMANDU PARAH
Seorang kelindan lori maut manakala pemandunya cedera parah apabila lori dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 31, Central Spinal Road (CSR) menghala ke Sungai Merapoh sebelum susur Aur Gading, di sini pada Selasa.
Kemalangan kira-kira jam 3 petang itu membabitkan lori jenis Hino yang membawa muatan ikan segar.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Zulkefli Ismail, 48, beralamat di Taman Indera Sempurna, Kuantan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, pemandu iaitu Muhammad Najib Hamdan, 23, beralamat di Felda Chini Timur 3, Pekan cedera parah akibat kemalangan tersebut.
“Lori terbabit membawa muatan ikan segar untuk dihantar dari Kuantan ke Tunas Manja, Gua Musang, Kelantan, lapor SINAR HARIAN.
“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu lori mengantuk menyebabkan lori terbabas ke kiri jalan dan terbalik,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ujarnya, kelindan lori maut akibat tercampak keluar manakala pemandu cedera parah dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lipis.
Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
…………………
Kepada ahli ahli group dan ahli ahli baru yang belum join group telegram sila klik ini: