KELANTAN BAKAL GUNA VAKSIN PFIZER
KELANTAN BAKAL GUNA VAKSIN PFIZER
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dilaporkan akan menggunakan vaksin Pfizer sepenuhya mengantikan vaksin Sinovac mulai akhir Julai ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pengagihan bekalan vaksin Sinovac di Kelantan akan ditamatkan serta-merta mulai akhir Julai ini menggantikan vaksin Pfizer ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan.
.
“Semua PPV di Kelantan hanya akan dibekal dos suntikan kedua vaksin Sinovac dan tiada lagi bekalan dos pertama bagi vaksin ini selepas tarikh tersebut.
“Selepas ini, Kelantan hanya gunakan Pfizer sahaja menggantikan Sinovac,” katanya dalam satu notis pemberitahuan yang bertarikh 13 Julai lalu.
Kenyataan tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan mengapa Kelantan menolak vaksin Sinovac dan hanya mahukan vaksin Pfizer.-SAHIH.