CARA KEKALKAN KESEGARAN DAGING KORBAN DAN KETAHUI TIPS DAGING JADI EMPUK BILA DIMASAK
Alhamdulillah, kita masih berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha walaupun dalam musim pandemik dan sambutan sangat sederhana daripada tahun sebelum-sebelum ini.
Bersyukur kerana masih lagi ada majlis korban dan merasa daging yang diagih.
Biasanya daging korban lebih segar, lembut dan sedap apabila dimasak berbanding daging yang dibeli sejuk beku di pasaraya atau beli di pasar.
Tapi untuk kekalkan kesegaran daging korban, korang mesti kena tahu cara yang betul untuk elak cepat rosak dan tak sedap untuk dimakan.
Selain daripada simpan daging korban dalam peti beku sahaja, korang boleh cuba tips ini untuk menikmati daging segar dan empuk bila masak nanti.
Jangan Simpan Terus Dalam Peti Sejuk Beku
Bila dah dapat daging korban, jangan terus masukkan ke dalam ruang peti sejuk beku.
Biarkan daging di ruang peti bahagian sejuk biasa selama tiga ke lima jam sebelum alih ke ruang sejuk beku.
Cara ini dapat kekalkan kesegaran daging.
Jangan Cuci
Sebelum simpan dalam ruang peti sejuk beku, korang kena ingat jangan sesekali basuh daging korban tu.
Biarkan darah yang masih tertinggal pada daging tersebut.
Nanti dah nak masak barulah cuci daging dan darah yang masih tertinggal.
Nak masak, baru cuci tau! Korang akan dapat rasakan kesearan daging bila makan nanti.
Potong Sebelum Simpan
Kalau korang dapat daging korban yang bersaiz besar, jangan lupa potong daging tersebut terlebih dahulu.
Potong daging bentuk dadu atau kecilkan saiz daging untuk mudah simpan dan tidak makan ruang yang besar dalam peti nanti.
Lepas potong, masukkan dalam bekas kedap udara atau plastik ziplock untuk memudahkan korang waktu masak.
Lebih elok jika daging diasingkan dalam bekas mengikut portion korang nak masak, ambil satu bekas atau plastik untuk buat hidangan.
Jadi, daging yang selebihnya tidak rosak dan kekal dengan suhu peti.
Lembutkan Daging Beku
Untuk lembutkan daging lepas keluar dari peti sejuk beku atau nak defrost daging, jangan gunakan air panas.
Jika daging terlalu keras, lembutkan daging menggunakan air suhu biasa atau air paip.
Pastikan bekas atau plastik ziplock ditutup dengan kemas, hanya lalukan air paip di luar bekas daging.
Setelah daging lembut, barulah korang bersihkan daging untuk masak.
TIPS UNTUK DAGING LEMBUT DAN EMPUK KETIKA MASAK
Tips masak daging untuk jadi lebih lembut, empuk dan sedap bila dimakan.
Setiap orang pasti ada cara tersendiri atau mengikut tips nenek moyang.
Ada tips menjadi, dan mungkin juga tips mitos semata-mata.
Tapi tak salah mencuba, kan? Jom tengok tips lembutkan daging untuk masak pula.
Sudu Kecil
Masukkan sudu kecil dalam periuk ketika masa daging? Petua ini mungkin menjadi dan mungkin tidak.
Kalau ada sesiapa pernah cuba, boleh share tak?
Daun Nangka Atau Daun Betik
Gunakan beberapa helai daun nangka atau daun betik untuk lembutkan daging.
Cuci bersih dan tersebut dan masukkan ke dalam masakan atau air rebusan daging.
Betik Muda
Korang buleh juga cuba dengan betik muda. Buang biji betik dan kulit.
Bersihkan dan masuk dalam rebusan air daging.
Batang Ubi Kayu
Masukkan batang ubi kayu. Potong batang ubi kayu dan bersihkan sebelum masuk dalam periuk yang berisi daging.
Biarkan mendidih selamat lebih kurang sepuluh minit dan angkat ubi kayu tersebut.
Tepung Gandum Atau Tepung Jagung
Perapkan daging menggunakan tepung gandum atau tepung jagung bersama kicap.
Biarkan daging diperap selama setengah jam sebelum masak.
Cuka
Gunakan cuka makan untuk lembutkan daging dan biarkan 10 hingga 15 minit kemudian bilas.
Toskan daging dan korang boleh mula masak.
Api pula jangan besar sangat, pastikan daging betul-betul masak tapi masih tak keras.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!