Kejadian tanah runtuh sebagai ujian beri kesan mendalam
Kejadian tanah runtuh sebagai ujian beri kesan mendalam
LIPIS – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad kejadian tanah runtuh di Batang Kali dianggap sebagai satu ujian, namun telah memberi kesan yang sangat mendalam dalam aspek menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Katanya, memang kita mahu tragedi begini berlaku, namun, ujian yang menimpa merupakan satu detik mengukuhkan penyatuan kaum dalam negara.
“Saya sendiri telah melawat ke lokasi insiden di hari pertama tragedi berlaku dan sangat mengikuti rapat setiap perkembangan kejadian.
“Jelas tergambar semangat yang ditunjukkan oleh semua, bermula daripada pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR), petugas media, pasukan kesihatan, termasuklah seluruh rakyat Malaysia yang tak putus-putus mendoakan kesemua mangsa supaya dapat ditemui dengan segera,” katanya
Rahman berkata, dapat dilihat betapa pasukan SAR yang berkerja sepenuh jiwa dan raga membantu sesiapa sahaja tanpa mengira agama dan bangsa.
“Buat semua yang terlibat, ini bukanlah satu tugas yang mudah, namun keazaman yang tinggi inilah mengatasi segalanya, tahniah sekali lagi buat semua pasukan yang terlibat dalam misi pencarian.
“Semoga Malaysia terus dalam perlindunganNya, diberkati, aman dan harmoni serta dilimpahkan kasih sayang yang berkekalan oleh Allah jua,” katanya.
Tambahnya, sebagai tambahan, beliau turut mengambil maklum aduan daripada semua pengguna jalan raya di laluan Batang Kali-Genting Highlands ditutup ketika ini.
“Laluan ditutup sehingga tamat operasi bagi tujuan kerja pembersihan jalan dan sebagainya. Selepas itu jalan akan dibuka kepada motosikal dan kenderaan ringan sahaja. -SAHIH.