Kegembiraan awal 2025 terbantut, rumah penduduk terbakar sepenuhnya di Maran
Foto : Anggota BBP Maran memadam kebakaran sebuah rumah di Maran
Kegembiraan awal 2025 terbantut, rumah penduduk terbakar sepenuhnya di Maran
MARAN – Kegembiraan sebuah keluarga sambut awal tahun baharu 2025 terbantut apabila sebuah rumah jenis separuh kekal penduduk tersebut terbakar 100 peratus apabila berlaku pada hari pertama sambutan tahun 2025 di Taman Jaya Diri, Chenor, dekat sini pada jam 10:46 pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jambatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran seramai lapan anggota tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 24 kilometer pada jam 11.08 pagi sejurus menerima panggilan bantuan.
“Pasukan melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.
“Bantuan dari BBP Bukit Angin seramai tujuh anggota bersama satu Jentera FRT dan satu water tanker tiba dilokasi untuk memadamkan rumah jenis separuh kekal tersebut berukuran 50 Kaki x 70,” katanya.
Katanya, Komander Operasi, Muhammad Fahruh Ahmad dari BBP Maran, berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya, tiada berlaku kecederaan dan kemalangan jiwa. Punca kebakaran dan kerugiaN masih dalam siasatan. – SAHIH.