KARIPAP DAN POPIA PEDAS TAMBAH PENDAPATAN DI BULAN RAMADAN
KARIPAP DAN POPIA PEDAS TAMBAH PENDAPATAN DI BULAN RAMADAN
JERANTUT : Di bulan Ramadan pelbagai juadah menjadi pembuka selera boleh didapati di pasar Ramadan dan juga gerai, malah juadah tradisional turut muncul yang menjadi punca rezeki tambahan peniaga sepanjang bulan puasa kepada peniaga kecil-kecilan.
Tidak terlepas, karipap pedas dan popia pedas antara kuih yang menjadi pilihan pelanggan kerana menambat selera dijual oleh Maziah Abdul Malek, 44, di Kampung Bukit Rang, Jerantut, jualannya habis dalam tempoh tiga jam dibeli pelanggan untuk persiapan berbuka puasa.
“Sejak beberapa tahun berniaga di bulan Ramadan kecuali tahun lalu akibat pandemik COVID-19, karipap pedas dan popia pedas menjadi pilihan utama penduduk di sini sebagai juadah berbuka puasa dan juga jamuan more di masjid.
“Biasanya, saya membuat kedua jenis kuih ini hampir 100 biji untuk jualan bulan Ramadan kerana makanan ini banyak permintaan di kalangan pelanggan sepanjang bulan Ramadan,” katanya di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar dekat sini semalam.
Ibu kepada empat orang anak berusia antara 3 hingga 20 tahun berkata, dia dia yang mempelajari kemahiran membuat karipap dan beberapa jenis kuih tradisional Melayu daripada ibunya cuma mampu menyediakan makanan yang mudah disediakan serta modal yang kecil.
“Manakala, kuih lain seperti popia pedas, kuih gulung, kuih cara manis dan puding jagung, saya sediakan lebih awal dengan dibantu oleh suami, Jamaludin Mat Isa dan anak kerana makanan ini juga ada permintaan dan lebih mudah disediakan tanpa modal yang banyak.
“Bagi karipap, rasa inti ubi keledek dan kulit (karipap) yang pedas bercampur sedikit rasa manis (sira) memecahkan selera seisi keluarga untuk berbuka puasa,” katanya.
Tambahnya, setiap bekas yang berisi antara empat hingga lima biji kuih berkenaan dengan harga RM2 untuk memberikan keselesaan pelanggan berjimat ketika berbelanja.