Kanak-kanak tadika ‘kursus’ Umrah
Foto atas : Azman Rasman dan Mohiadin Bahado (tengah) merakamkan kenangan bersama-sama kanak-kanak Tadika Nur Qalam serta Genius Muslim yang menyertai Program Haji Cilik di PJMM baru-baru ini.
Kanak-kanak tadika ‘kursus’ Umrah
Kanak-kanak Tadika Nur Qalam (TNQ) Eco Majestic, Semenyih dan Surian Mantin, Negeri Sembilan serta 10 dari Tadika Genius Muslim, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor menyertai Program Simulasi Haji Cilik baru-baru ini.
Program itu berlangsung di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Semenyih, kerana mempunyai kemudahan bagi penganjuran kursus umrah atau haji yang sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) dan syarikat penganjuran ibadat umrah.
Pengerusi TNQ Eco Majestic, Norulhidayah Nawi, berkara program itu bertepatan selain pembuka jalan dalam usaha mengajar atau mendidik anak-anak biarlah ketika masih kecil lagi kerana apabila sudah besar susah bagi mereka untuk menerima teguran atau untuk mendidik.
Menurutnya, program itu juga selaras Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (KSPK) membabitkan Kurikulum Pendidikan Islam yang menggariskan murid mesti didedahkan dengan teori ibadat haji seawal usia empat tahun, namun pembelajaran teori tanpa disokong latihan pratikal menjadikannya kurang berkesan dan tidak menyeronokkan.
Tambahnya, “hasil perbincangan, kami tiga tadika membuat keputusan dengan mengambil inisatif untuk melaksanakan program itu supaya murid lebih memahami mengenai ibadat haji, malah langkah berkenaan melahirkan keseronokan kepada mereka dalam mengikuti pembelajaran yang bukan setakat
Jelasnya, di samping itu langkah berkenaan dapat mengukuhkan kefahaman murid terhadap topik ibadat haji termasuk dalam mengetahui etika pemakaian ketika menunaikan haji, melakukan amali wajib dan rukun haji seperti memakai ihram, tawaf, saei, melontar di Jamrah, wukuf, bergunting rambut, melontar dan sebagainya.
“Program ini juga melatih murid untuk membaca dan menyebut lafaz niat serta doa dalam setiap amalan haji dengan berpandukan simulasi yang disediakan dan secara tidak langsung memupuk jalinan kerjasama antara mereka dalam menjayakan aktiviti haji cilik,” ujar beliau.
Pengerusi TNQ Surian Mantin, Siti Shahida Shaari pula berkata, paling penting program itu mendapat sokongan daripada ibu bapa yang berasa gembira apabila anak mereka didedahkan dengan simulasi ibadat haji yang selama ini hanya belajar secara teori sahaja di dalam kelas.
Menurutnya, sebelum itu latihan amali ada dibuat di kawasan tadika sahaja sebagai program tahunan namun pergerakan murid agak terbatas dan apabila datang di PJMM mereka berasa teruja apabila dapat melihat replika Kaabah, laluan untuk bersaei, melontar dan sebagai yang menimbulkan keseronokkan mempraktik ibadat berkenaan.
“Dalam usia enam tahun ini amat bersesuaian dalam memupuk serta menanam keazaman kepada murid mengenai ibadat haji dan apabila pulang nanti mereka akan bercerita kepada ibu bapa mengenai Simulasi Haji Cilik yang disertai,” katanya.
Sementara itu, Pengetua Tadika Genius Muslim Bandar Seri Putra, Bangi, Nordiana Mohd Kosnan, berkata selain melatih murid secara amali ibadat haji ia juga secara tidak langsung mempraktik konsep mengira dalam subjek Matematik apabila mereka terpaksa mengingatikan jumlah pusingan tawaf, saei dan batu untuk melontar.
Tambahnya, situasi itu menimbulkan kelucuan apabila melihat antara murid itu bertanya sesama mereka jumlah tawaf atau saei perlu dilakukan dan batu perlu dikumpul untuk dimasukan ke dalam karung bagi tujuan melontar yang sebelum itu diajar secara teori di dalam kelas.
“Kami berterima kasih kepada PJMM yang menyediakan dewan selesa bagi program ini termasuk replika Kaabah untuk memudahkan murid lebih memahami antara rukun dan wajib haji apabila mereka benar-benar melakukannya apabila dewasa nanti,” ujarnya. – SAHIH.