Kanak-kanak meninggal dunia, lemas dalam kolam renang
Kanak-kanak meninggal dunia, lemas dalam kolam renang
TANJUNG MALIM, PERAK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan meninggal dunia ketika dirawat di hospital selepas lemas dalam kolam renang berhampiran rumahnya di Kampung Balun, Slim River pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ketika kejadian sekitar jam 9 pagi itu, mangsa, Rayyan Mikhail Azmi didapati masih hidup dan diberi rawatan awal.
“Keadaan mangsa yang tidak stabil menyebabkannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 2.30 pagi pada Ahad,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu disedari sendiri bapa kanak-kanak terbabit selepas menyedari anaknya itu tiada dalam rumah.
Katanya, lelaki itu kemudiannya menjumpai anaknya dalam keadaan tersembam dalam kolam sedalam hampir 0.6 meter dan segera membawa mangsa ke hospital untuk rawatan.
“Proses bedah siasat akan dijalankan di HRPB untuk mengetahui sebab kematian kanak-kanak tersebut,lapor sinar harian
“Satu kertas siasatan dibuka dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan. Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”