KANAK-KANAK MENGIDAP BARAH OTAK PERLU BANTUAN SEGERA
KANAK-KANAK MENGIDAP BARAH OTAK PERLU BANTUAN SEGERA
KUANTAN: Muhammad Firas Iqbal Shayfullah berusia 11 tahun yang mengidap barah otak bahagian belakang kepala (cerebellar mudulloblasroma) memerlukan bantuan segera untuk membayar kos pembedahan yang bakal dilakukan pada Jumaat ini.
Muhammad Firas Iqbal anak kelima daripada enam beradik yang tinggal di Kampung Balok Permai dekat sini, sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur dan sedang menunggu giliran untuk dibedah.
Bapanya, Shayffulah Muhamad yang bekerja sendiri tidak mempu membayar kos tersebut sebanyak RM 1,600 kerana pendapatannya terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sekarang, manakala ibunya pula seorang surirumah.
“Anak saya sering mengadu sakit kepada dan muntah sejak awal tahun ini tetapi tidak sangka dia mengidap penyakit barah.
“Sejak bulan Jun tahun ini, anak saya semakin serius dan kerap sakit kepada dan kerap muntah, pada 19 Ogos baru ini, anak saya terpaksa dibedah di bahagian depan kepala untuk mengeluarkan air,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Kepada sesiapa yang ingin membantu meringan kos pembedahan keluarga tersebut, boleh salurkan bantuan kepada, Shayffulah Muhamad (bapa) melalui nombor akaun Maybank-156169203846 atau hubungi 017-9786346.-SAHIH.
.