Kanak – kanak 5 tahun dilaporkan hilang selamat diserahkan kepada Keluarga
Kanak – kanak 5 tahun dilaporkan hilang selamat diserahkan kepada Keluarga
Baling 7 April -Kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun di Kuala Ketil, Kedah yang tular
menerusi aplikasi whatsup selepas dilaporkan hilang , selamat diserahkan polis kepada keluarganya. Ketua Polis Daerah Baling,Superintenden Shamsudin Mamat menerusi kenyataan berkata, mangsa diserahkan kepada ibunya yang hadir ke Balai Polis Kuala Ketil pada jam 8 pagi tadi .
Hasil siasatan awal
mendapati mangsa dihantar ke Balai Polis Kuala Ketil oleh 2 orang guru pada jam 7.15 pagi tadi yang terjumpa mangsa ketika mereka sedang mengeluarkan wang di sebuah bank.
Berdasarkan keterangan ibu mangsa Yusni Yahaya, 41 tahun, kejadian berlaku ketika beliau menghantar kakak mangsa ke sekolah pada jam kira-kira 7.05 pagi.
Sebaik pulang didapati pintu pagar dan pintu hadapan rumah telah terbuka .
.Ibu mangsa yang cemas kemudiannya bertindak mencari mangsa
yang hilang di sekitar kawasan taman kediaman sebelum mengetahui berita
tentang kanak-kanak itu yang telah berada di Balai Polis Kuala Ketil melalui kenalannya yang melihat aplikasi whatsup. – SAHIH
Photo : Polis