KANAK-KANAK 3 TAHUN MAUT DICAMPAK BAPA SAUDARA
KANAK-KANAK 3 TAHUN MAUT DICAMPAK BAPA SAUDARA
LUCKNOW: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dicampak dari tingkat enam sebuah pangsapuri di sini, baru-baru ini.
Media tempatan melaporkan, kanak-kanak malang itu didakwa dicampak oleh bapa saudaranya yang mabuk.
Menurut polis, ibu kanak-kanak tersebut, Priyansha Dwivedi membuat laporan polis mendakwa ahli keluarganya, Kuldeep Pandey mencampak anaknya dari tingkat enam pangsapuri tersebut.
“Dwidevi memberitahu, ahli keluarganya datang ke rumahnya dan n anak-anak mereka bermain bersama.
“Suspek yang didakwa tidak mempunyai hubungan baik dengan suami Dwidevi didakwa mencampak anak pasangan tersebut ketika dia bermain dengan saudaranya,” jelas polis.
Laporan itu juga menyebut suspek dalam keadaan mabuk dan dia berpura-pura memaklumkan kanak-kanak tersebut terjatuh secara tidak sengaja.
Jelas polis, Dwidevi hanya mengetahui anaknya dicampak selepas kanak-kanak yang bermain dengan anaknya memberitahu perkara tersebut.
Sehubungan itu, suspek ditahan polis bagi membantu siasatan dan forensik akan melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak tersebut. – AGENSI