Kakitangan MDB temui beg berisi RM100,000
Kakitangan MDB temui beg berisi RM100,000
BALING – “Ini bukan kali pertama saya jumpa barang-barang macam ni, tapi kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita, ” kata seorang kakitanganMajlis Daerah Baling (MDB).
Kakitangan Majlis Daerah Baling tersebut yang bertugas ketika itu telah menjumpai sebuah beg yang berisi wang tunai sebanyak RM100,000 dan terus melaporkan kejadian menemui beg kepada pihak pengurusan Majlis Daerah Baling serta menelefon pengunjung tersebut.
Pihak MDB menghubungi pengunjung pengunjung yang bermalam di Ulu Legong Hot Spring yang tertinggal sebuah beg milik beliau yang berisi wang tunai hampir RM100,000,00.
Pengunjung tersebut yang dalam perjalanan pulang ke rumah terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pihak MDB kerana beliau sama sekali tidak teringat akan beg tersebut kerana tergesa-gesan untuk pulang.
Pengunjung itu datang semula ke Baling Hot Spring beliau berkata dia sangat bersyukur dengan penemuan beg berisi wang itu.
“Saya bersyukur sangat, semua ni adalah duit hasil perniagaan dan beliau tak sempat untuk bank-in. Saya tidak menyangka masih ada insan yang jujur,”katanya.
Sementara itu, kakitangan MDB berkata kejadian itu bukan kali pertama dia menemui barang-barang seperti itu.
“Saya masih berpegang prinsip, kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita,” katanya.
Kredit: Tiket Cincin Utara