KAKITANGAN KEDUTAAN KOREA UTARA DIUSIR
KAKITANGAN KEDUTAAN KOREA UTARA DIUSIR
KUALA LUMPUR : Malaysia hari ini mengusir kesemua diplomat Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) di Kuala Lumpur sejajar dengan keputusan dan arahan Kerajaan Malaysia untuk mereka meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam dari Jumaat, 19 Mac.
Pengusiran tersebut telah dilaksanakan selaras dengan Artikel 9 Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.
Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan ini sebagai tindak balas terhadap keputusan unilateral dan sama sekali tidak bertanggungjawab oleh DPRK untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Tindakan Kerajaan Malaysia ini adalah perlu bagi melindungi kedaulatan Malaysia dan mempertahankan kepentingannya, lapor BH Online.
Tindakan ini akan menjadi peringatan bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk mencampuri urusan dalaman dan sistem kehakimannya, mencemarkan sistem tadbir urus, dan sentiasa ingin mewujudkan ketegangan dengan melanggar undang-undang antarabangsa.